Wednesday, December 14, 2011

Cara Pemakanan Madu

CARA PEMAKANAN MADU

Khasiat Umum Pengamalan Madu ( tergantung keserasian individu)

* Sila merujuk nasihat doktor untuk kesesuaian penggunaan madu. 

* Gantikan sudu besar kepada sudu kecil bagi madu drier tayyibah. 

Kesihatan Anak
Madu mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak. Sebahagian pendapat jangan melebihi 2 1/2 sudu besar dalam sehari.

*Kecerdasan/Kepintaran
 2 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak zaitun, 3 biji kismis, 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). Caranya: Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

*Kecergasan/Keaktifan Tubuh
Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

Menambah Darah (Anemia)
 3 sudu besar madu 3 kali sehari.

Susah Tidur Malam
2 sudu besar madu + segelas air suam.

Batuk (semua jenis batuk)
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.

Darah Tinggi
 1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

Sakit Jantung
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

Sembelit (susah buang air besar)
 2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.

Sesak Nafas
 3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

Sakit Pinggang
 1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

Serak (Hilang Suara)
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar madu lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

Menambah Selera Makan
 Minum 1~3 sudu besar madu 3 kali sehari.

Kudis
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

* Sakit Perut Memulas
Minum 1~2 sudu besar 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

Luka
Sapukan pada luka. Gunakan madu dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1~2 minggu.


KHUSUS UNTUK LELAKI

*Lemah Syahwat
3 sudu besar madu + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci  halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur. 

*Menambah Ereksi
 11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu. Minum selama seminggu.

*Mani Cair
5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu. Minum selama seminggu.

*Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin (Minum)
20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu sebanyak air         perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3sudu besar selama 7 hari.





KHUSUS UNTUK WANITA

*Air Muka: Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri
Bahan: Madu, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu selama ~15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun. Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu.

*Meremajakan Kulit Muka
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu + putih telur secukupnya hingga terentuk pasta untuk masker.  Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Stelah itu bershkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, hlaus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda.

*Menghilangkan kedut Wajah
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu dikacau rata dan biarkan selama 30 minit.Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara belang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

*Menghaluskan Kulit Tangan
2 sudu besar madu + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hnga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan air sejuk dengan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

*Jerawat dan Bintik Hitam di Wajah
1 gelas air suam + 2 sudu besar madu dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama ~20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu besar madu 3 kali sehari sebelum makan.

Laman Rujukan:-

Tuesday, December 13, 2011

Khasiat Madu Lebah

As-Salammua’laikum

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.
Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.


Madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran . Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar. Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.
Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan. Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3. Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.
Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh. InsyaAllah.

Bibir menjadi hitam akibat daripada penggurangan kalogen kerana proses penuaan. Kaedah biasa yang sering digunakan oleh pakar-pakar kecantikan ialah menggunakan hyaluronic asid. Namun bagitu hasilnya juga tidak bagitu ketara dibandingkan dengan kaedah pengubatan Jawi.
Anda boleh mencuba dengan menyapu madu lebah sebelum tidur malam pada bibir dan dilakukan selang 3 hari . InsyaAllah bibir akan menjadi cantik, halus bak limau seulas. Selamat mencuba dengan madu lebah HPA.

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ke tumbuh an. Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 – 5 kali.
Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih (sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari. Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka. Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari. Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

Air madu akan membersikan mata serta mengelakan pembentukan selaput (rabun) malah kulit muka turut menjadi cantik putih kemerah-merahan(kulit bayi). Lakukan selamamalam dan lihat perbezaan pada kulit muka sekaligus sebagai terapi untuk penyakit resdung.InsyaAllah.

Madu yang terbaik untuk diminum dan dijadikan amalan harian adalah Madu Tualang Asli & Madu Asli keluaran produk HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir).

Madu Lebah Tualang
i. Kepekatan madu - dengan kata lain adalah kadar air di dalam madu untuk madu tualang (raw honey /unprocess)..hampir tidak mungkin akan mendapat madu pada kepekatan yang rendah (iaitu <22% kadar air)seperti madu dari Middle East atau Europe atau US atau China bahkan biasanya madu ternak tempatan pun lebih pekat...Ini kerana faktor kelembapan/humidity adalah sangat tinggi di nusantara dengan hujan sepanjang tahun apatah lagi madu tualang lokasinya di dalam hutan.Biasanya kadar air bagi madu tualang >23%. Jadi berhati-hatilah kalau ada penjual madu menawarkan madu tualang ‘unprocess’ tapi agak pekat dan ingatlah kepekatan bukanlah ukuran bagi menentukan keaslian madu. Kaitan kadar air ini juga adalah faktor utama yang mempengaruhi ujian pusingan di piring, letak dikuku/dikulit, nyalaan mancis, bakar kertas, titisan madu di gelas yang berisi air dan seumpamanya.

ii. Kemanisan madu: biasanya untuk madu yang sangat ‘fresh’ yang baru diambil <1-2 minggu rasanya lebih manis kerana proses ‘fermentation’ baru nak bermula. Jadi ada juga andaian mengatakan madu tualang yang asli itu tidak manis harus kurang manis,masam dan menyengat.Agak lucu juga disebut madu tapi tak manis. Madu semestinya manis juga tetapi tidaklah sehingga sakit gigi menahan kemanisannya (sebab kandungan fruktosa iaitu salah satu GULA natural dalam madu adalah 3 kali ebih manis daripada gula pasir).


Madu Asli keluaran produk HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir).
i. Amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air  
                                                   kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.